Lawatan dari Co Op Bank Pertama
Co-op Bank Pertama telah mengadakan satu kunjungan rasmi ke Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bagi mempromosikan serta memberikan penerangan mendalam mengenai perkhidmatan kewangan kepada kakitangan AKYBMS.
Sesi taklimat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat AKYBMS dengan kehadiran wakil daripada pihak pengurusan AKYBMS. Dalam sesi tersebut, pelbagai perkhidmatan, termasuk produk pembiayaan, simpanan, dan pelaburan, diperkenalkan sebagai satu inisiatif untuk mendekatkan perkhidmatan Co-op Bank Pertama kepada komuniti setempat.
Kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih strategik antara kedua-dua pihak, sekaligus menyokong usaha pembangunan kewangan dan sosioekonomi komuniti Melayu Sarawak.