Ihya’ Ramadan AKYBMS 1446H/2025M di Masjid Baitul Rahim, (Kampung Kolong Dua) dan Masjid Nur Saadah, (Taman Heng Guan)

12 Mac 2025 (Rabu): Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, misi untuk Pasukan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dalam menjalani program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1446H/ 2025M telah berjalan dengan lancar.
Pasukan AKYBMS yang telah dipimpin oleh Encik Wan Mohammad Irfan telah membawa sebanyak (60) buah bakul makanan untuk disalurkan kepada asnaf-asnaf di Masjid Baitul Rahim, (Kampung Kolong Dua) dan Masjid Nur Saadah, (Taman Heng Guan).
Turut hadir, Encik Amirul Rashid bin Abdullah, Encik Ahmad bin Hamdan, Encik Mohd Harith bin Heykal, Puan Iszaliana dan Cik Noralla bin Hamdan. Oleh itu, kami dari persatuan AKYBMS ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sama ada secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan program ini. Semoga kita diberikan kesempatan dan peluang untuk menjadi insan yang baik pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari.

Kongsi berita ini