HUBUNGAN DUA HALA: Brunei dan Sarawak

KUCHING: 23 Mei 2023
Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, menerima kunjungan hormat dari Konsulat Jeneral Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noni Zurainah Haji Ismi merangkap Consul-General of Brunei Darussalam di pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), hari ini.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memperkukuh dan mengeratkan hubungan dua hala diantara negeri Sarawak dengan negara Brunei Darussalam. Selain itu, kunjungan ini turut membincangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, warisan, budaya, kesenian dan pembangunan demi kebaikan kedua-dua belah pihak.
Kunjungan hormat ini menunjukkan komitmen daripada kedua-dua belah pihak untuk memperkasakan kemampanan diplomatik hubungan dua hala dan memanfaatkan potensi kolaboratif di pelbagai sektor pembangunan. Diharapkan, kunjungan ini dapat menghasilkan kesepakatan serumpun dan langkah-langkah nyata untuk meningkatkan kerjasama diantara negeri Sarawak dan negara Brunei Darussalam.

Kongsi berita ini