10 Jun 2024 (Isnin): Ekspo Pendidikan Sarawak amat penting untuk menyebarluaskan peluang pendidikan selaras dengan objektif utama ekspo ini adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan terkini bagi pelajar terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mesyuarat pada pagi ini telah dipengerusikan oleh Encik Zamahari bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah Biasiswa, Program & Bantuan, Yayasan Sarawak.
Ekspo ini dijangka akan menyediakan sesi kaunseling, pameran dan peluang kepada pelajar untuk mendaftar di institusi yang terlibat. Ini akan membolehkan pelajar membuat pilihan dan keputusan terbaik bagi masa depan mereka serta bantuan kewangan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak.
Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah dari organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia MFLS Sarawak, ABIM Sarawak, Kelab Remaja Sarawak, Dayak Bidayuh National Association, Kenyalang Prodigy, Sarawak Dayak Graduates Association, Sahabat Belia Hikmah Sarawak dan lain-lain.
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah dihadiri oleh Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar, Ketua Unit Pendidikan dan Agama.