Samarahan, 22 November – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan pameran untuk mempromosikan warisan budaya dan etnik yang terdapat di pulau Borneo.
Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai kepelbagaian budaya di Borneo serta memperkukuhkan perpaduan antara kaum melalui aktiviti yang melibatkan interaksi antara pengunjung dan masyarakat setempat.
Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk memartabatkan keindahan warisan seni dan budaya Borneo, bukan sahaja kepada para pelajar, tetapi juga kepada pengunjung dari luar.
Pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) turut memperkenalkan warisan Melayu Sarawak melalui elemen-elemen pameran, tarian tradisional, dan kuiz kepada para pengunjung.
Pihak AKYBMS mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung dan juga kepada pihak UNIMAS atas sokongan yang diberikan.