⚜️ SIDANG KEMUNCAK PENULIS MUDA SARAWAK ⚜️

28 Oktober 2024 (Isnin): Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak mengadakan Sidang Kemuncak Penulis Muda Sarawak Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-68 Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cik Zafirah binti Othman, Ketua Unit Penyelidikan dan Media pada hari ini telah berpeluang untuk mendengar tiga sesi sidang Kemuncak Penulis Muda Sarawak 2024 iaitu:
Sesi 1: Penerbit Alternatif Lebih Kreatif
Sesi 2: Bicara Karya Penulis Sarawak
Sesi 3: Prestasi Penulis Muda Sarawak
Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak kerana telah mengundang AKYBMS.

Kongsi berita ini