⚜️ PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK (AKYBMS) ⚜️

YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS telah mengadakan perjumpaan bersama YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak II, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS di Tingkat 16, Wisma Sumber Alam.
Perjumpaan yang telah berlansung selama dua jam ini bertujuan untuk memaklumkan gerak kerja, mendapatkan nasihat dan kelulusan daripada YB Datuk Amar, Pengerusi AKYBMS.
Selain itu, status dan proses terkini perkembangan pembinaan Wisma Melayu Sarawak telah dibentangkan oleh Encik Mohd Afrizan bin Mohamed mewakili PU Architects Sdn. Bhd manakala untuk projek Galeri Melayu Sarawak telah dibentangkan oleh Cik Zafirah binti Othman.
Turut hadir, Datuk IR Aidel bin Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, YB Datuk Ricky @ Mohammad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, YBhg. Dato Haji Mohd. Naroden bin Haji Majais, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Encik Zamsari Kadir, PU Architects Sdn. Bhd, Cik Nurul Fazzilah Affikah Yusuf, PU Architects Sdn. Bhd dan Encik Amirul Akbar bin Osman mewakili AKYBMS.
Warga AKYBMS, PU Architects Sdn Bhd serta rakan-rakan strategik yang lain sentiasa komited dalam menggalas amanah dalam merealisasikan projek Wisma Melayu Sarawak.
Like, Share & Follow (Klik See first) page rasmi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

Kongsi berita ini